APPLE hari ini mengemas kini spesifikasi komputer riba Macbook, dengan melakukan beberapa penambahbaikan.
Antaranya, pemproses Intel Core M , dipertingkatkan kepada 1.3 GHz generasi keenam, berbanding hanya 1.1 GHz sebelum ini.
Macbook ini juga menawarkan masa penggunaaan yang lebih lama, iaitu sehingga 10 jam ketika melayari laman web dan sehingga 11 jam ketika menonton filem menerusi itunes Movie Playback.
Dengan paparan retina 12-inci, Apple masih memfokuskan kepada rekaan computer riba paling nipis yang pernah dihasilkan oleh mereka, selain turut mengekalkan penggunaan satu port USB-C.
Our thinnest and lightest Mac, now better than ever. Meet the new #MacBook. https://t.co/NCs226jGtI pic.twitter.com/3eK7oy4wpr
— Tim Cook (@tim_cook) April 19, 2016
Selain itu pengguna juga diberi peluang untuk memilih warna terbaru yang diperkenalkan untuk Macbook, iaitu warna merah jambu keemasan.
Sebelum ini Apple menawarkan tiga pilihan warna bagi Macbook ini iaitu warna perak, emas dan juga hitam.
"Macbook paling nipis dan ringan yang pernah kami hasilkan ini adalah visi untuk masa depan komputer riba.
"Pengguna pasti akan teruja dengan kemaskini Macbook ini , dengan pemproses terbaru, pengguna grafik dan muantan yang lebih laju, serta keunikan warna merah jambu emas ini," kata Timbalan Presiden Kanan Sedunia Apple, Philip Schiller dalam satu kenyataan hari ini.
Memori Macbook ini juga dikemaskinikan kepada modul yang lebih pantas, iaitu 1866MHz berbanding 1600MHz.
Harga jualan Macbook ini bermula pada harga RM5,499 berbanding RM4,629 sebelum ini.

0 comments:
Post a Comment